releasing T E N S I O N !
Aktiviti ini dikendalikan oleh Iza Shafinaz, selaku Exco Akademik dan Kerjaya. Aktivit ini melibatkan 32 homeroom form 4. Terdapat 6 checkpoint kesemuanya yang melibatkan semua BWP. Pada checkpoint pertama ( 1 ), setiap pasukan perlu menjawab kuiz berkaitan melayu. Jika gagal, mereka akan dikenakan hukuman untuk memakan budu..!!!..Setiap kumpulan akan diberikan bahan amanah. iaitu KEREPEK,,sangat sukar hendak menjaga bahan amanah yang rapuh itu..
![]() |
cepat-cepat !! |
Di checkpoint yang kedua ( 2 ) pula, diberi nama " Fun Not Sia-Sia " diketuai oleh Adam. tugasan kali ini agak mencabar kerana para peserta perlu memilih tokoh-tokoh dan lakonkan sketsa yang berkaitan. Kali ini para peserta perlu menconteng muka sebagai barang amanah..HAHA.
.
Di checkpoit ketiga ( 3 ), diberi nama " Tom-tom Bak ", diketuai oleh Iqbal. Para peserta perlu mencari kad di dalam baldi yang berisi TEPUNG !..HAHA..muka para peserta semuanya putih..
Selesai sahaja disini, para peserta bergegas ke checkpoint keempat ( 4 ). Tugasan kali ini menguji kreativiti pelajar TGB. Para peserta perlu memegang penjuru tali untuk memasukkan pen ke dalam botol. Selain kreativiti, mereka juga perlu pantas dan cekap kerana masa hanya 30 saat !
![]() |
nice art ^^ |
Di checkpoint terakhir - " Lompat si Katak Lompat ". Para peserta perlu melompat tali serentak sambil menyanyi lagu Katak..HAHA..
Sesuap Nasi
27 JULAI 2011
![]() |
belon ==> barang amanah ! |
26 JULAI 2011
![]() |
Slot ini bermula pada pukul 5.30 petang - 6.30 petang. Pengisian slot ini lebih kepada aktiviti sukan dan riadah. Permainan dimainkan mengikut rumah sukan. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Bola sepak, Bola tampar, badminton, sepak takraw, bolak sepak dan catur bagi pelajar perempuan sahaja. Objektif utama slot ini adalah untuk mncari bakat-bakat baru serta pelapis bagi pasukan-pasukan maktab untuk tahun 2012..=)
Sukaneka
28 JULAI 2011
![]() |
lari-lari.. |
![]() |
asma' ( kuning )-- =,=" |
Beberapa cara dipertandingkan seperti Carry and Run. Peserta akan bermula dengan membawa bola ping pong menggunakan sudu di mulut sambil berjalan. Kemudian, apabila tiba di pertengahan trek, mereka akan berlari dalam guni untuk tukar peserta. Mana- mana kumpulan yang selesai dahulu, maka kumpulan tersebut merupakan pemenang. Selain itu juga terdapat acara " Bull Run " dimana 10 orang akan diikat bersama-sama dan perlu berlari tanpa memutuskan tali yang diikat.